bersahabat kerana ALLAH.. "Carilah sahabat yang jujur. Dengan demikian anda terpelihara daripada bahaya dan dialah tempat kembali ketika datang bencana." Saidina Umar Al-Khattab.. "Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya." Imam Syafie. Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk. HR. al-Bukhari dan Muslim Ya Rabb, izinkan aku memiliki sahabat “pembawa kasturi ” dan Izinkan aku menjadi sahabat yang “membawa kasturi“ agar kami bersama hingga ke syurgaMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment