BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 10, 2012

sbg panduan

Sebagai panduan, jadikan pesanan Asma' binti Kharizah Fazariy kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya sebagai teladan kita, panduan untuk belayar di tengah lautan, katanya: "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau di besarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu

0 comments: